Friday, December 23, 2011

Ritual Dua - Amarah II


"Memarahi memang mudah jika kita mengikut kata hati dan nafsu, tetapi memahami kemarahan adalah tak mudah. Kau pernah cuba memahami kemarahan kau bila orang melanggar bahu kau? Kau pernah tanya diri kau sendiri? Akhir sekali, kau pernah marahkan diri sendiri? Kau faham kenapa?"

Monday, December 19, 2011

Ritual Satu - Amarah


"Langit benar-benar sudah marah. Aku faham. Marah lah, ini kan waktu untuk kau benar-benar marah. Aku faham benar. Kau seperti tidak mahu berehat mahupun menenangkan diri. Aku semakin faham dengan amarah kau. Terlalu banyak dosa untuk di cuci. Ya, akhir tahun adalah waktu untuk kau marah dan mencuci segala dosa yang di kumpul jauh di bawah sana. Aku faham dan kini aku akur. Kau memang benar-benar berhak untuk marah."

Wednesday, December 7, 2011

Opus Terakhir


"Semuanya terlalu kompleks sehingga aku jadi lemas. Hidup memang tak pernah diklasifikasikan sebagai mudah."


Thursday, December 1, 2011

Opus Sembilan



"Kadangkala, aku memerlukan rehat yang panjang. Rehat dari memikirkan tentang perkara-perkara yang rumit. Tetapi, hidup aku sendiri sudah dikirakan agak rumit."