Saturday, January 7, 2012

Ritual Lima: 00 Void

Aku tidak memandang apa yang kau pandang

Aku tidak mendengar apa yang kau dengar

Aku tidak merasa apa yang kau rasa

Aku tidak mengatakan apa yang kau katakan

Aku tidak menyedari apa yang kau sedar

Aku tidak menilai apa yang kau nilaikan

Aku tidak....

Aku tidak...

Aku tidak..

Aku tidak.

Aku...

Kini aku tertidur dalam dakapan kekosongan

Friday, January 6, 2012

Ritual Empat: Jalan


"Jalan itu, jalan yang panjang dan tidak berkesudahan. Jangan letih untuk meneruskan perjalanan kerana lambat laun akan ketemu jua dengan kesudahan. Percayalah!"

Tuesday, January 3, 2012

Ritual Tiga - Dua Belas Sayap Hitam


"Kau mahu mulakan sesuatu yang baru? Silakan. Aku kali ini masih lagi di takuk yang lama. Aku tidak kemana-mana melainkan aku kekal di sini. Dua Belas waktu sudah berlalu, dan aku masih di angka kosong."

Friday, December 23, 2011

Ritual Dua - Amarah II


"Memarahi memang mudah jika kita mengikut kata hati dan nafsu, tetapi memahami kemarahan adalah tak mudah. Kau pernah cuba memahami kemarahan kau bila orang melanggar bahu kau? Kau pernah tanya diri kau sendiri? Akhir sekali, kau pernah marahkan diri sendiri? Kau faham kenapa?"

Monday, December 19, 2011

Ritual Satu - Amarah


"Langit benar-benar sudah marah. Aku faham. Marah lah, ini kan waktu untuk kau benar-benar marah. Aku faham benar. Kau seperti tidak mahu berehat mahupun menenangkan diri. Aku semakin faham dengan amarah kau. Terlalu banyak dosa untuk di cuci. Ya, akhir tahun adalah waktu untuk kau marah dan mencuci segala dosa yang di kumpul jauh di bawah sana. Aku faham dan kini aku akur. Kau memang benar-benar berhak untuk marah."

Wednesday, December 7, 2011

Opus Terakhir


"Semuanya terlalu kompleks sehingga aku jadi lemas. Hidup memang tak pernah diklasifikasikan sebagai mudah."


Thursday, December 1, 2011

Opus Sembilan



"Kadangkala, aku memerlukan rehat yang panjang. Rehat dari memikirkan tentang perkara-perkara yang rumit. Tetapi, hidup aku sendiri sudah dikirakan agak rumit."