"Langit benar-benar sudah marah. Aku faham. Marah lah, ini kan waktu untuk kau benar-benar marah. Aku faham benar. Kau seperti tidak mahu berehat mahupun menenangkan diri. Aku semakin faham dengan amarah kau. Terlalu banyak dosa untuk di cuci. Ya, akhir tahun adalah waktu untuk kau marah dan mencuci segala dosa yang di kumpul jauh di bawah sana. Aku faham dan kini aku akur. Kau memang benar-benar berhak untuk marah."