Thursday, March 15, 2012

Biarkan Aku....


Tar, nikotin dan kafein telah membuatkan saraf-saraf otak aku semakin malas untuk berkerja. Jadi, jangan hairan jika jarang-jarang aku menulis di sini. Kau boleh segera berpindah ke bacaan lain atau kau memang tidak pernah singgah di sini.

Aku perlukan lebih tar, nikotin dan kafein sekarang. Selamat-selamat lah kamu semua.

Wednesday, February 29, 2012

Hibernasi

Aku dalam mode hibernasi. Sementara kalian menanti, sila layan diri sendiri dengan sonik halwa-telinga ini.


Tuesday, January 31, 2012

Ritual Akhir: Musnah


"Ikut kata hati, berbisa; ikut kata nafsu, punah"

Sunday, January 15, 2012

Ritual Tujuh: Sub-Kon-Fius


"Reput dalam cengkaman kekeliruan; selamanya"

Saturday, January 14, 2012

Ritual Enam: Enam Puluh Enam Pusingan


"Kenapa kau mahu berpusing sedangkan kau tidak boleh berpusing. Hidup kau penuh dengan petak simetri."

Saturday, January 7, 2012

Ritual Lima: 00 Void

Aku tidak memandang apa yang kau pandang

Aku tidak mendengar apa yang kau dengar

Aku tidak merasa apa yang kau rasa

Aku tidak mengatakan apa yang kau katakan

Aku tidak menyedari apa yang kau sedar

Aku tidak menilai apa yang kau nilaikan

Aku tidak....

Aku tidak...

Aku tidak..

Aku tidak.

Aku...

Kini aku tertidur dalam dakapan kekosongan

Friday, January 6, 2012

Ritual Empat: Jalan


"Jalan itu, jalan yang panjang dan tidak berkesudahan. Jangan letih untuk meneruskan perjalanan kerana lambat laun akan ketemu jua dengan kesudahan. Percayalah!"